Miri tuan rumah Hari Sarawak diadakan secara virtual

KUCHING: Bahagian Miri akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Sarawak yang pada 22 Julai ini.

Penganjuran Sambutan Hari Sarawak 2020 kali ini akan diadakan secara virtual dan bersiaran secara langsung melalui TV3, tvSarawak, Sarawak Event Channel, Astro Awani serta Facebook Live pada 22 Julai pada jam 9.00 malam.  

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, rakyat Sarawak harus mengetahui, memahami dan menghayati sejarah perjuangan tahah air untuk membina jati diri sebagai anak Sarawak.  

Menurutnya, detik-detik bersejarah harus diingati oleh seluruh lapisan masyarakat di Sarawak terutamanya generasi muda masa sekarang. 

“Atas dasar itulah, kepimpinan Sarawak merasakan betapa perlunya tarikh 22 Julai diraikan dan diperingati pada saban tahun untuk memupuk semangat patriotik dan kecintaan terhadap Sarawak di kalangan seluruh rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media sempena Sambutan Hari Sarawak 2020 hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan tetap akan meraikan sambutan Hari Sarawak kerana ianya amat siginifikan untuk diketahui oleh semua rakyat Sarawak dan Malasysia walaupun berhadalan cabara pandemik COVID-19.

Beliau berkata, dengan tema “SARAWAK  CEMERLANG”  Sambutan Hari Sarawak 2020 dilihat sebagai platform untuk menyampaikan mesej kemajuan, pembangunan dan perpaduan negeri yang telah dikecapi selama ini serta terus mengorak langkah kecemerlangan kearah menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Katanya, sambutan Hari Sarawak pada tahun ini amat berbeza lantaran isu global pendemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia masa sekarang.

”Namun, ianya tetap meriah dan penuh bermakna.  Pelbagai pengisian menggunakan platform digital telah disusun dan diatur oleh Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri selaku penganjur utama,” katanya.


Antara program pengisian Sambutan Hari Sarawak 2020 ialah Tarian Pembukaan, Simbolik Perasmian, Dokumentari Khas - Marek, Kinek Tok & Kelak, Aspirasi Rakyat, Alunan Kontemporari - Lagu “Tudung Periuk”, Sitcom - Kampong Selepar Putus: tayangan video pendek Kebanggaan Kamek, Lagu Khas - “Tok Bok Sarawak” dan  Lagu Medley: Persembahan Koir Medley lagu Sarawakku Sayang & Pertiwiku Tercinta oleh okestra dan 40 orang penyanyi koir.
LihatTutupKomentar
Cancel