Pekerja kilang Taiyo maut kemalangan di Kampung Mundai

 
PADAWAN: Seorang remaja yang bekerja di kilang Taiyo maut setelah motosikal ditunggang bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Mundai, Jalan Padawan, di sini, malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,dalam kejadian jam 8.10 malam itu, mangsa Winston Keyon,18, beralamat di Kampung Subang, Padawan, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala maut serta-merta di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan berlaku semasa mangsa bergerak lurus menuju ke arah Kuching.

"Motosikal Yamaha LC ditunggang mangsa hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan seterusnya melanggar bahagaian hadapan MPV Toyota Wish yang dipandu wanita berusia 41 tahun.

"Akibat perlanggaran terbabit mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS),"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu Toyota Wish yang bekerja sebagai penolong juruukur
tidak mengalami sebarang kecederaan. 

"Mayat mangsa dibawa ke HUS untuk tindakan selanjutnya.

"Kenderaan terlibat dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
LihatTutupKomentar
Cancel