Pekerja kimpalan warga Filipina maut tertimbus


BINTULU: Seorang pekerja kimpalan warga Filipina maut setelah tertimbus di loji rawatan air Jalan Nyabau,di sini,petang ini.

Mangsa, Perez Antonio Secuya, 41, berjaya dikeluarkan jam 4.33 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3 petang. 

"Petugas kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Bintulu  terdapat mangsa tertimbus, dan mengarahkan keluaran BBP Bintulu ke lokasi kejadian. 

"Komander Operasi melaporkan terdapat mangsa telah tertimbus di bawah tanah lebih kurang anggaran 10 kaki,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dipercayai sedang membuat kerja kimpalan pada paip yang berukuran empat kaki lilitan. 

"Semasa mangsa tengah berada di bawah, secara tiba-tiba tanah telah runtuh terus menimbus mangsa,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel