Penguatkuasa rampas sanitasi tiruan

KUCHING: Hasil risikan selama dua bulan membuahkan hasil selepas sebuah premis memproses pensanitasi tangan di Batu 3, dekat sini diserbu membekal dan menjual produk tiruan jenama ‘Saraya’.

Unit Pengurusan Media & Publisiti (UKK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, serbuan dilakukan pada 2 Julai kira-kira jam 12 tengahari.

Turut dirampas Saraya Smart San (botol 5 liter) sebanyak 11 unit, 21 unit Saraya Smart San (botol 1 Liter), sepuluh unit Saraya Smart San (botol 0.1 Liter), tiga buah tong Kosong (tong 25 Liter), sebuah tong berisi 10 liter cecair (anggaran) dan sebuah pam manual.

“Keseluruhan rampasan berjumlah RM4,140. siasatan awal mendapati suspek menjalankan aktiviti pembancuhan dan pembungkusan semula menggunakan cap dagangan berdaftar “SARAYA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini disiasat  lanjut di bawah Seksyen 102, Akta Cap Dagangan 2019. 

Sabit kesalahan,  pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar.

Jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, dedenda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
LihatTutupKomentar
Cancel