Projek berjuta ringgit: Peguam, pengarah ditahan bantu siasatan
KOTA KINABALU: Seorang peguam yang dikaitkan dengan perjanjian kontrak projek pembangunan infrastruktur Kerajaan Sabah ditahan hari ini.
Menurut sumber, peguam terbabit direman enam hari oleh Mahkamah Majistret pada hari ini.
Penahanan peguam terbabit sehari selepas penahanan seorang pengarah kanan jabatan kerajaan negeri Sabah semalam.
SPRM Sabah enggan mengulas berhubung siasatan yang sedang dilakukan oleh pasukan dari ibu pejabat mereka dari Puterajaya.
Peguam terbabit dipanggil ke SPRM pada hari Kamis untuk memberikan keterangan dan ditangkap sebelum dihadapkan ke mahkamah di sini untuk permohonan reman.
Pada hari Khamis SPRM mendapatkan tahanan reman selama empat hari ke atas seorang pengarah jabatan kerajaan negeri Sabah berusia 50 tahun berkaitan dengan siasatan yang sedang berjalan.
Sumber juga mengatakan bahawa suspek (pengarah kanan) berusia 50-an, ditangkap pada hari Rabu (8 Julai) setelah dia dipanggil ke pejabat SPRM Sabah.
Difahamkan kes itu berkaitan dengan projek infrastruktur berjuta-juta ringgit di negeri ini, yang melibatkan sepasukan dari ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Kami masih menunggu pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM.