Sarawak wajibkan kuarantin 14 hari jika balik dari luar negara

KUCHING: Semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara, wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah ditetapkan. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ujian COVID-19 pada hari ke-2 dan hari ke-10 akan diambil.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, jawatankuasa memutuskan garis panduan SOP untuk beberapa sektor dan aktiviti.

Menurutnya, antaranya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menetapkan Garis Panduan (SOP) bagi pembukaan semula Kuching Waterfront Musical Fountain (KWMF).

"Ianya akan mula beroperasi pada esok (18 Julai)," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) telah menetapkan Garis Panduan (SOP) bagi Acara Langsung (Live Event) yang meliputi semua jenis acara berkaitan industry kreatif (multimedia, seni budaya dan warisan budaya) dan indoor busking berkuatkuasa serta merta.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (KBSS) juga telah menetapkan 
pembukaan sektor sukan dan rekreasi bagi Fasa 3 & 4 yang melibatkan sukan berpasukan, sukan tempur dan sukan individu serta permotoran berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu katanya, Semua majlis rasmi kerajaan di Daerah Kuching, jumlah yang dibenarkan hadir adalah mengikut 50% kapasiti dewan.

"Bagi majlis-majlis yang tidak rasmi, bilangan peserta masih lagi seramai 250 orang.

"Manakala bagi daerah-daerah lain (berstatus hijau), jumlah yang dibenarkan hadir untuk majlis rasmi dan tidak rasmi adalah mengikut 50% kapasiti dewan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel