SK Ng Nirok Ngemah banjir


KANOWIT: Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Ng Nirok Ngemah, di sini, dinaiki air sedalam enam kaki.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit melakukan pemantauan banjir di kawasan itu mulai jam 8.30 pagi tadi.

"Setakat jam 11.30 pagi ini trend air masih menaik di kawasan ini.

"Sekolah ini mempunyai seramai 46 murid dan 11 orang guru,"katanya.

Katanya, tidak ada mangsa banjir dipindahkan setakat ini kerana sekolah masih belum dibuka manakala murid Pra Sekolah tidak hadir hari ini.

"Hanya kakitangan yang berada di sekolah ketika kejadian,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel