Bombardier tak dapat bantu Sri Aman
KUCHING – Pesawat Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak dapat menjalankan operasi memadam kebakaran tanah gambut di Sri Aman ekoran jarak penglihatan amat terhad serta sumber air yang meragukan.
Pesawat itu bersama kru berlepas dari Miri kira-kira pukul 9.15 pagi tadi datang bagi membantu pemadaman kebakaran berkenaan.
Sehubungan itu, operasi lebih tertumpu kepada pemerhatian kawasan kebakaran dan kawasan sekitar yang turut disertai oleh dua Pegawai Bomba dari Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sarawak.
Pesawat membuat tinjauan dari udara, mendapati tahap penglihatan terhad kurang dari 400 meter, berjerebu teruk, status sumber air berdekatan (Sg Batang Lupar) berkeladak teruk dan terdapat kayu balak serta kapal di laluan sungai.
Oleh itu, pesawat tidak dapat membuat ‘water scooping’
Dalam pada itu, pesawat itu akan diselenggara mengikut penyelenggaraan berjadual sehingga 21 September ini di TUDM Kuching.
Pesawat itu dijangka akan beroperasi semula pada 21 September pukul 12 tengah hari.
Terdahulu dimaklumkan keluasan kawasan kebakaran adalah 202 hektar namun setakat ini, hanya 51 hektar yang berjaya dipadamkan.