Anwar Tolak Kerajaan Pintu Belakang


KUALA LUMPUR: Bakal Perdana Menteri Ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak melayan ' kerajaan pintu belakang' seperti yang digembar-gemburkan.
"Kami bincang semalam tetapi tidak dengar dakwaan (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) hari ini.
“Yang pasti kami kekal dengan pendirian tidak melayan sebarang gerakan menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang,” katanya.
Beliau menegaskan, Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) tetap dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga proses peralihan kuasa berlangsung dalam keadaan aman dan selamat.
Beliau berkata demikian ketika pada majlis ucap tama pada Konvensyen Reformis 2019 yang dianjurkan Otai Reformis’98 di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata, dia tidak bercadang (menjadi menteri) sehingga berlaku proses peralihan kuasa.
LihatTutupKomentar
Cancel