Tular Virus H1N1 Merebak Di Unit Kecemasan HUS
KUCHING: Tular berita menasihatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak.
Difahamkan tiga mangsa didakwa meninggal dunia kerana jangkitan virus H1N1.
H1N1 boleh berjangkit melalui air liur dan udara.
Virus influenza A (H1N1) ialah satu subjenis virus influenza A dan merupakan penyebab yang paling biasa bagi influenza (selesema) di kalangan manusia.
Sesetengah jenis H1N1 merupakan endemik dalam manusia dan menyebabkan segelintir daripada kesemua penyakit mirip influenza dan sebahagian besar daripada kesemua influenza bermusim.
Bagaimanapun tidak diberitahu dari mana sumber H1N1 diperolehi dalam berita tular tersebut.
"Oleh yang demikian, sekiranya tiada urusan penting adalah tidak digalakkan datang membawa saudara mara melawat ke Hospital Umum terumatanya unit kecemasan," menurut sumber.
Sarawak Update masih belum menerima kesahihan berita tersebut terutama kenyataan daripada HUS dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.