Gading Bernilai Jutaan Ringgit, Kepala Burung Ditinggal Di Hutan


KUCHING: Kepala Burung Tebang Mentua (Helmeted Hornbill) dikesan ditinggalkan di dalam hutan di Kapit.
Gading burung kenyalang berkenaan merupakan antara spesies bernilai dan mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia.
Pengurus besar SFC, Oswald Braken Tisen berkata, penemuan beberapa kepala haiwan terbabit di hutan Kapit dipercayai angkara aktiviti pemburuan secara haram.
"Kita percaya terdapat beberapa aktiviti pemburuan secara haram dilakukan berikutan penemuan beberapa kepala burung kenyalang di hutan Kapit.
"Ini merupakan antara perkara yang akan diambil serius walaupun gading berkenaan tidak mendapat permintaan tinggi di Sarawak," katanya kepada wartawan.
Beliau berkata, spesies Burung Tebang Mentua menjadi buruan pemburu haiwan liar di Sarawak.
Oswald berkata, permintaan kurang disebabkan haiwan terbabit masih dalam lingkungan haiwan liar terlindung serta penguatkuasaan ketat.
Katanya, gading-gading burung tersebut mendapat permintaan di negara China, Hong Kong dan Taiwan.
"Tujuannya bukan untuk perubatan, sebaliknya dijadikan khazanah ataupun simpanan peribadi," kata beliau.
Tambahnya, turut dirampas dan ditangkap ialah beberapa ekor binatang lain termasuk yang disimpan tidak ada permit dan cara penjagaan tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan pada lesen.
LihatTutupKomentar
Cancel