Dibaham Buaya Ketika Cari Sayur Kangkung
MIRI: Ketika asyik mencari sayur kangkung, seorang
pekerja ladang sawit maut dibaham buaya.
Mangsa warga Indonesia tersebut ditemui separuh badan
pada Isnin lalu kira-kira jam 11.57 pagi.
Rakan mangsa menemui tangan kanan, punggung dan sebelah
kaki kiri sehingga punggung di di parit Ladang Tanjung Payung Tradewinds
Plantation, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu.
Mangsa dikenali sebagai Asbullah Daeng Situju, 37 mencari
sayur hutan bersama seorang rakan.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah
berkata, siasatan mendapati semasa kejadian ada seorang rakan mangsa yang turut
mencari sayur hutan melihat mangsa diserang seekor buaya.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Buaya yang dipercayai menyerang Asbullah difahamkan sudah
dibunuh kawan kawan beliau. Lihat
Terjemahan