23 kawasan Marudi terjejas banjir
MIRI: Daerah Marudi dilanda banjir serta melibatkan 23 kawasan terjejas petang semalam.
Kawasan tersebut ialah Long Panai, Kampung Dagang, Kampung Baru, Kampung Narum dan juga pekan Marudi
Sehubunhan itu, Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba Miri kini sedang giat membuat rondaan serta pemantauan ke kawasan di Marudi yang berisiko banjir.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, laporan daripada Pejabat Pendidikan Baram (PPB) memaklumkan terdapat dua penambahan kawasan sekolah yang terjejas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Baya Mallang dan SK Batu Bungan.