Posting "Wanted Person" undang marah ahli PSB




KUCHING: Hantaran facebook yang tertulis, "Wanted Person" terhadap Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh mengundang marah ahli Pemuda Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun bernama Ibeng Kor yang menulis hantaran facebook tersebut.

Ahli PSB sangat tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut memandangkan Soon Koh adalah Adun Bawang Assan dan juga merupakan bekas Menteri Kewangan ke-II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang Sarawak.

Menurut kenyataan bersama Seketariat PSB, laporan polis dibuat adalah untuk membersihkan nama serta menjaga keselamatan Soon Koh memandang beliau adalah individu berpengaruh.

Katanya, sebagai sebuah parti politik bebas yang berbilang kaum, PSB melihat tindakan Ibeng Kor boleh mengancam keselamatan Wong Soon Koh selaku presiden parti.

"Tiada sesiapa yang boleh melabelkan orang lain sebagai penjenayah kerana setiap warganegara Malaysia dilindungi haknya sehingga ia dibuktikan bersalah," menurut laporan tersebut.
LihatTutupKomentar
Cancel