24 dicekup cuba beri rasuah RM180,000

KUCHING: Pasukan Gerakan AM (PGA) berjaya menolak rasuah sekali gus menahan 24 individu melibatkan 12 kes berjumlah RM180,000.

Kejayaan tersebut sekali gus memartabatkan integriti polis dalam memerangi rasuah.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din berkata, ia menunjukkan satu kejayaan  dalam pelbagai pelbagai operasi sejak Januari hingga 25 Disember tahun ini.

Mengulas lanjut kejayaan tersebut, Ramli berkata, suspek cuba menyogok anggota PGA yang melakukan pemeriksaan agar barangan tidak disita atau dirampas dan mereka tidak ditahan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat PGA di Batu Kawa hari ini. Ramli Din berkata, kes rasuah ini bagi mengelak  bayar cukai seperti rokok dan alkohol.

Katanya, anggota dan pegawai yang terlibat diberikan surat surat penghargaan dan imbuhan.

Dalam pada itu katanya, PGA Sarawak 
berjaya menyelesaikan141 kes melibatkan rampasan barangan bernilai RM48.85 juta.
Katanya, antara barangan yang dirampas ialah rokok, alkohol, balak dan jentera.

Menurutnya, sebanyak 88 kes dengan jumlah RM13.3 juta diselesaikan dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

”Setiap kejayaan, adalah operasi berterusan PGA bersama agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel