3 ditahan, RM60,000 dadah disita malam Krismas
KUCHING: Tiga ditahan dalam serbuan membabitkan kira-kira 403 dadah syabu dan 38 pil Erimin 5 yang bernilai lebih RM61,000 pada malam Krismas yang lalu.
Dalam serbuan tersebut seorang wanita Indonesia dan dua lelaki tempatan ditahan berusia 25 dan 27 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supt Hasnir Abdul Hamid berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Selangan Batu pada kira-kira 11 tengah hari Selasa.
"Wanita Indonesia berada di tingkat atas ketika serbuan itu dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pemeriksaan lanjut ke atas tiga suspek mendedahkan bahawa mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
"Polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan mereka selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk penyeludupan dadah selain Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama (bagi pemilikan dadah dan penggunaan)," katanya. - Bernama