Larangan merokok di kedai makan bermula Rabu depan

KUCHING: Penguatkuasaan larangan merokok disemua premis perniagaan makanan di Sarawak akan dikuatkuaskan mulai Januari tahun depan.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, semua pengendali restoran dan orang awam secara amnya diminta untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

"Kabinet Negeri semasa mesyuaratnya pada bulan Mac 2019 telah memutuskan bahawa larangan merokok akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2020 seperti yang diperlukan oleh Kementerian Kesihatan. 

"Larangan tersebut akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Kesihatan Sarawak.

"Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak akan membantu dalam apa jua cara yang mungkin terutama dalam mendidik orang ramai tentang keperluan untuk melarang merokok di restoran-restoran dan tempat awam yang ditetapkan dan bahaya yang ditimbulkannya," menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel