Restoran tutup 15 hari, angkara tikus makan ayam
KUCHING: Sebuah permis makanan di gedung membeli belah terkenal telah di kenakan Notis Perintah Tutup dari 26.12.2019 sehingga 9.01.2019 atas alasan tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mungkin mendatangkan kepada kesihatan org awam.
Sarawak Update menyiarkan video tikus makan ayam menjadi tular beberapa hari lalu. Dalam laporan tersebut, seorang netizen membuat hantaran ke Facebook serta membuat aduan kepada pengurusan sebuah hypermarket terkenal di Samariang kejadian anak tikus makan ayam goreng.
Rakaman video 28 saat itu turut dihantar si pengadu kepada pihak pengurusan hypermarket berkenaan. ‘Terima kasih kepada pihak pengurusan Mydin dan pihak berkuasa yang mengambil tindakan tegas dalam perkara ini,” kata netizen.