5,900 ketua kaum menjelang 2020
KUCHING: Seramai 5,900 ketua di seluruh Sarawak menjelang tahun 2020.
Sehubungan itu, seramai 1,500 ketua kaum seperti tuai rumah, ketua kampung dan kapitan akan dilantik menjelang Februari 2020.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketua kaum tersebut adalah tambahan kepada 468 orang yang telah dilantik atau pelantikan semula.
Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengesyorkan agar ketua kaum dilantik dengan cara yang betul dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri mesyuarat dengan 22 ketua kaum dan ketua genturong di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Douglas Uggah turut menyuarakan bahawa komuniti lebih senang dalam memilih ketua kaum sendiri dan berharap tiada pertikaian kerana boleh menyebabkan perpecahan rumah panjang atau kampung.
Jelasnya, ketua kaum komuniti Iban dinasihatkan untuk merangka semula organisasi JKKK kampung.
“Hal ini akan membantu memperkasakan perkhidmatan mereka dengan lebih efektif kepada komuniti setempat,” ujarnya