Ajal dalam kolam renang

SIBU: Sudah ajal. Budak berusia 10 tahun lemas dalam kolam renang awam di Kolam Renang Bukit Lima petang semalam.
Difahamkan ketika kejadian, ibu mangsa mandi di kolam dewasa dan dua anaknya mandi di kolam kanak-kanak.
Mangsa Brynden Baro Bata 10 tahun berkunjung ke kolam renang tersebut sekitar jam 5.30 petang bersama ibu dan adiknya.
Adik mangsa berusia enam tahun memaklumkan kepada ibunya abangnya tidak sedarjan diri dari kolam.
Mangsa kemudian segera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Difahamkan kolam renang berkenaan mempunyai ramai pengunjung semasa kejadian berlaku.
Mangsa juga dikatakan menghidap penyakit jantung dan asma.
LihatTutupKomentar
Cancel