Pemimpin politik Semenanjung angkuh - Uncle Kentang
KUCHING: Pemimpin politik tetapi bukan semua. Kebanyakan seharusnya berjumpa pemimpin Sarawak. Jumpa dan belajar… tanya rahsia yang Sarawak guna untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian.
Demikian kenyataan aktivis kemasyarakatan Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang yang menjadi perhatian umum terutama rakyat Sarawak.
Beliau berkata, kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg wajar dijadikan contoh bagi kebanyakan ahli politik di Semenanjung Malaysia.
Beliau memberitahu, orang politik di Semenanjung sepatutnya dihantar ke Sarawak untuk belajar mengenai perpaduan dan semangat kerjasama.
"Orang politik Semenanjung kini sepatutnya dihantar ke Sarawak untuk belajar perpaduan dan kerjasama.
"Pemimpin politik Malaysia adalah racist dan banggang ( bukan semua tapi kebanyakan yang ada kini) seharusnya jumpa dengan CM Sarawak dan merayu agar di tempatkan di Sarawak dan Sabah dan belajar cara hidup orang Sabah dan Sarawak dari perpaduan yang mereka ada.
"Ramai pemimpin politik Semenanjung angkuh dan biadap, dalam Dewan Rakyat bukan nak buka cerita macam mana tolong rakyat, tetapi masih bercerita dendam dengan kerajaan lama. Langsung tak ada standard, maruah dan intgriti sebagai pemimpin. Membuang masa rakyat mengundi mereka.
Bukan sahaja Kencing kuat, tapi langsung tak ada standard pemimpin. Please go and learn in Sarawak and also learn from ORANG ASLI MALAYSIA yang selalu bersatu dalam apa apa masalah," katanya.
Terdahulu pada 27 Disember, Uncle Kentang membantu dua individu berasal dari Kampung Hilir Sri Aman berada dalam kesusahan selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Memetik status Facebooknya, beliau menghantar kedua-duanya ke lapangan terbang secara percuma. “Saya bertanya dengan suara keras, berapa duit yang kamu ada untuk balik ke Kampung Hilir Sri Aman? Jangan tipu saya! “Saya sedih apabila mereka menyatakan hanya ada RM100 dan duit tambang dari Kuching ke Sri Aman sahaja sudah RM60 (dua orang) selain RM30 untuk ke Pekan Simanggang dari simpang, maka baki tinggal RM10.
“Lantas saya hulurkan RM100 untuk mereka makan,” jelasnya.