Pulangkan kumputer riba saya - Watson

MIRI: Rumah bekas Raja Pecut Asia Tenggara, Watson Nyambek dipecah masuk sebentar tadi.
Isteri Watson, Phylkis Watson menggesa pencuri supaya  menyerahkan barang yang dicuri dengan segera.
Kataya, dia meminta orang ramai yang membeli dua unit komputer riba menghubungi secepat mungkin.
"Kepada sesiapa yang memecah masuk rumah sekitar (12 hingga 2 petang dan mengambil barang di dalam rumah. Sila kembali dengan cara yang baik sebelum saya membuat sesuatu dan mempamerkan rakaman CCTV," katanya.
Watson berkata, komputer riba amat diperlukan kerana semua dokumen penting ada di dalamnya.
"Tolong share warga Miri. Bahan kerja saya dan isteri sangat penting dalam laptop. Kalau ada orang menjual laptop kepada saudara saudari  mohon bagi kerjasama," kata Watson Nyambek dalam hantaran facebook.  - Sarawak Update
LihatTutupKomentar
Cancel