SMK Sadong Hilir Semera banjir
SADONG JAYA: Masalah sistem perparitan antara faktor penyebab banjir berlaku di SMK Sadong Hilir Semera.
Seorang penduduk berkata, sekolah berkenaan sering dilanda banjir walaupun hujan lebat hanya berlaku satu atau dua jam.
"Semoga ada sinar pada tahun 2020, masalah sistem perparitan yang sering menghantui sekolah kami SMK Sadong Hilir Semera, hujan sejam atau dua jam sering membanjiri kawasan sekolah," katanya menerusi hantaran facebook.
SMK Sadong Hilir Semera mempunyai lebih 400 murid.