Aksi tembak tayar, pengedar dua beranak ditahan
SIBU: Adegan kejar mengejar, tembak tayar seakan-akan aksi sebuah filem.
Adegan tersebut berakhir dengan tangkapan dua beranak yang dipercayai terlibat aktiviti pengedaran dadah.
Mengikut kronologi kes, kenderaan dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan serta diarahkan untuk pemeriksaan di Jalan Mission pada 20 Disember lalu.
Bagaimanapun, suspek enggan bekerjasama dengan kemudian bertindak aresif mengundurkan kenderaan sehingga merbahayakan anggora polis.
Tindakan agresif suspek memaksa anggota polis melepaskan tembakan pada tayar depan dan belakang di sebelah kanan kereta untuk menghentikan tindakan tersebut.
Suspek tidak mengendahkan amaran serta memecut laju kereta dan cuba melanggar anggota berkenaan.
Polis cuba untuk mengejar namun gagal serta meminta bantuan polis MPV untuk mengesan kenderaan suspek.
Selang kira-kira 35 minit kemudian, dimaklumkan suspek datang membuat laporan, kereta mereka telah ditembak.
Apabila disoal siasat kedua-dua suspek mengaku membuang dadah semasa melarikan diri dari polis.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian dalam satu kenyataan dan suspek ditahan selama empat hari untuk siasatan lanjut.