*Gaji minimim RM1,200, Peluang pekerjaan mengecil di S'wak

KUCHING: Pengumuman kerajaan
 untuk menyelaraskan kenaikan gaji minimum kepada RM1200 di 57 buah bandar utama di Malaysia termasuk tujuh bandar utama di Sarawak  dilihat tidak seiring dengan dasar fiskal yang stabil.

Dasar pengupayaan ekonomi tempatan perlu daripada kerajaan pusat agar penawaran dan permintaan pasaran tempatan terkawal. 

Ketua Penerangan PAS Sarawak Zharudin Narudin sehubungan itu berkata, akibat ketidakstabilan ini cenderung untuk menyebabkan perniagaan tidak berdaya saing dan mengakibatkan pendapatan perniagaan menurun dan tidak stabil.

Menurutnya, ini akan menjadikan ada had pengambilan pekerja kerana kos bertambah sedangkan pendapatan mengecil. "Semua ini bergantung kepada fungsi penstabil yang perlu dikalangan oleh kerajaan pusat.

"Fungsi penstabil yang tidak jelas akan mengagalkan usaha menaikan gaji minimum secara umum kerana pengucupan ekonomi tempatan.

"Kita tahu bahawa kini tidak lagi kedengaran agresifnya usaha kerajaan membuat kempen memberi barangan tempatan malah terus suram," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu tahu bahawa terdapat kecenderungan sut yang sangat tinggi terhadap barang import.

" Ini juga merupakan faktor yang akan menyumbang kepada pengucupan pasaran tempatan dan dasar fiskal menjadi sia-sia dan tidak berkesan. 

"Secara relatif, kecenderungan sut import yang tinggi menjangkakan akan ada suntikan perbelanjaan baru ke dalam sistem ekonomi tempatan akibat berlakunya aliran keluar (bocoran) yang lebih banyak. Akhirnya, pengganda belanjawan dan tingkat pendapatan akan mengecil," katanya.

Beliau berkata, kebimbangan pendapatan yang mengecil yang mengakibatkan lebih banyak penganguran ini akan memberi kesan kepada corak kehidupan Malaysia Baru mulai tahun 2020. 

"Sudahlah kita dibawa dalam mimpi wawasan 2020 yang gagal, kini belengu ekonomi yang mengancam kehidupan rakyat akan menjadikan rakyat tiada pilihan, jurang perbezaan ekonomi yang ketara dimana kapitalis tertentu akan menguasai pasaran dan akhirnya golongan tertentu akan terus kaya " katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel