RM450 duit tunai untuk ibu bersalin

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan sebanyak RM450 kepada ibu-ibu yang melahirkan anak pada tahun hadapan untuk meringankan beban kewangan mereka apabila bercuti selepas bersalin.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan tunai akan dapat meringankan beban kewangan mereka yang perlu membeli pelbagai barangan keperluan selepas bersalin. 

”Ini merupakan satu lagi bantuan kepada ibu-ibu selain pemberian RM1,000 kepada setiap anak yang dilahirkan mulai 1 Januari tahun ini. ”Pemberian ini dalam bentuk endowment yang hanya boleh dikeluarkan setelah anak tersebut mencapai umur 18 tahun. 

Ini bertujuan untuk membantu keluarga menyediakan peruntukan kewangan bagi menampung perbelanjaan sekolah apabila anak-anak melangkah keluardaripada sekolah menengah,” katanya dalam perutusan Hari Krismas hari ini dan Tahun Baharu 2020. ”Dalam pada itu katanya, beliau mengajak rakyat untuk menyumbang kepada keharmonian dan kemajuan Negeri Sarawak dalam apa jua kapasiti dan peranan.
LihatTutupKomentar
Cancel