Angkara mabuk, dua kumpulan bergaduh malam Krismas
KUCHING: Kerana mabuk, bukan isu perkauman menjadi punca pergaduhan di kampung setinggan, Siol Kandis pada malam Krismas yang lalu.
Kronologi kes bermula ketika mangsa bersama 10 individu sedang berjalan kaki menyambut sambutan perayaan Krismas bersama keluarga.
Sebaik berada di sebuah lorong Siol Kadis, Petra Jaya, mangsa dihampiri dua lelaki mabuk yang menaiki motosikal dari arah belakang yang meminta diberi laluan.
Mangsa dan keluarga telah memberi laluan namun suspek seolah tidak berpuas hati serta seorang daripadanya bertindak membaling helmet.
Rentetan kejadian tersebut, berlaku pergaduhan dan sehingga suspek memanggil rakan-rakan sehingga tercetus pergaduhan.
Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan polis.
Kejadian menyebabkan seorang mangsa berusia 30 tahun cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan topi keledar.
Sementara itu, empat ditahan termasuk seorang wanita berusia 22 hingga 29 tahun kerana terlibat dalam pergduhan tersebut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Naazron Abdul Yusof mengesahkan tangkapan tersebut.
Foto HIASAN