Berpindah tiga jam, sebelum rumah roboh

KUCHING: Keputusan keluar rumah pada jam 3 pagi, selamatkan nyawa sebuah keluarga daripada terkorban bersama rumah yang roboh menyembah bumi.

Kejadian rumah roboh di Kampung Semariang Batu pada jam 5.55 pagi (Jumaat) ketika sekeluarga tiada di rumah Ahli keluarga mangsa Siti Nur Ain Abdul Rani, 28 tahun berkata, sebelum kejadian, ibunya tidak nyenyak tidur selama dua malam kerana khuatir tinggal dalam rumah.

"Ibu dan bapa serta adik dan kakak sudah berpindah pada jam 3 pagi. 
"Sebab emak sudah dengar bunyi kayu hendak patah. Jadi  ibu tidak berani hendak tunggu lama," katanya kepada Sarawak Update.

Beliau berkata, rumah yang berusia 22 tahun tersebut meninggalkan banyak kenangan. 

"Sekarang ibu bapa, kakak, tiga adik saya menetap bersama saya buat sementara waktu," ujarnya menganggarkan kerugian lebih RM30,000 ekoran kejadian tersebut.

LihatTutupKomentar
Cancel