Tips kurang risiko penyakit berjangkit?
ABANG baharu saja baik dari demam campak dua minggu lepas, adik dia pula kena minggu ni.
Selalu kan kita dengar keluhan ibu bapa berkenaan jangkitan penyakit berjangkit seperti di atas?
Ya, dengan kuarantin di rumah, anda boleh mengelak jangkitan daripada merebak kepada keluarga lain. Namun, tahukah anda, ahli keluarga anda masih tetap berisiko.
Ini perkara yang anda boleh lakukan setiap kali ahli keluarga anda selepas sakit/demam/batuk/selsema untuk mengurangkan risiko daripada berjangkit kepada ahli yang lain.
Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan beberapa tips pembersihan selepas demam.
Katanya, bilik tidur hendaklah tukar sarung bantal setiap hari, basuh linen katil dengan peluntur tanpa klorin dan air panas serta disinfeksi seluruh tempat tidur.
Bagi dapur pula disinfeksi semua yang disentuh, pemegang pintu peti ais microwave, tombol dapur kepala paip, letakkan sedikit peluntur semasa membasuh pingan dan mangkuk.
Untuk bilik air, tombol pintu, pemutar pam tandas tombol kabinet dan suis lampu perlu dibersihkan. - PUBLIC HEALTH MALAYSIA