Antara hidup, atau mati - Dr Madeline Berma
KUCHING: Kerajaan tidak memberi elaun kritikal kepada sektor perubatan untuk perlantikan tahun 2020 sedangkan, rakyat Malaysia masih memerlukan perkhidmatan kesihatan berkualiti.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Prof Madya Dr. Madeline Berma berkata, sehubungan itu wujud ketakseimbangan daripada segi akses dan kualiti penawaran perkhidmatan kesihatan daripada segi kawasan bandaraya, bandar, luar bandar dan pendalaman khususnya di Sarawak.
Menurutnya, berdasarkan statistik, negara masih perlukan kualiti kesihatan kerana Malaysia mensasarkan nisbah doktor dan pesakit pada kadar 1:450 pada tahun 2020.
"Saya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai cadangan kerana Malaysia masih belum mencapai nisbah yang disasarkan.
Mengikut data Kementerian Kesihatan, pada tahun 2017; nisbah adalah seorang doktor kepada 554 pesakit; seorang doktor gigi untuk 3,724 pesakit dan seorang jururawat untuk 301 pesakit," katanya menerusi dlaam lontaran facebook mengenai pandangan berkaitan isu ekonomi kesihatan.
Beliau berkata, wujud dualisma dalam sistem perkhidmatan kesihatan iaitu kesihatan yang dikendalikan oleh sektor awam/ kerajaan
Selain itu, sistem perkhidmatan/perjawatan jauh berbeza antara swasta dan awam terutama peningkatan dalam penduduk, pendidikan, warga emas dan kualiti hidup.
"Selagi wujud kelima-kima keadaan ini dalam sektor kesihatan di negara, ini selagi itulah kita perlu memberi pengiktirafan dan insentif sebaik mungkin kepada staf kesihatan.
"Kalau kita sanggup membayar beribu untuk mengiktiraf bakat anak seni, pemenang realiti show, maka kita harus bersedia memberi yang terbaik kepada doktor pakar, doktor perubatan, doktor gigi, farmasi, jururawat dan staff kesihatan. Mereka tidak harus tertaluk kepada hukum ekonomi daripada segi penawaran permintaan buruh.
"Kita hanya betul-betul tahu betapa pentingnya staf perubatan apabila kita berada antara dua keadaan, hidup atau mati," katanya. - GAGO DAILY