Kraf Penan mahu tembusi pasaran dunia

HASIL sentuhan kraf tangan kaum Penan seperti beg rotan sememangnya menjadi tumpuan dunia. 

Lahai Ngau pemilik jenama Lahai Handicraft cukup terkenal dengan kraf tanghan beg rotan dan beg plastik kalangan kaum Penan.
Beliau yang berasal dari Kampung Long Bedian, Baram Sarawak berkata, semua produk rotan yang dihasilkan merupakan hasil tangan sendiri. 


Katanya, produk yang dihasilkan mendapat sambutan kalangan seluruh masyarakat di negara ini.

"Saya hanya membeli rotan yang sudah dianyam oleh masyarakat Penan. Saiz dan corak anyaman saya yang minta Penan anyam. Tetapi semua beg rotan yang dihasilkan adalah saya jahit sendiri.

"Kebanyakan yang pernah membeli akan membeli lagi.


"Saya tidak pernah terfikir untuk menjual secara meluas seperti sekarang. 

"Memandangkan saya hanya menjahit beg rotan, maka proses untuk saya menyiapkan beg rotan perlu mengambil masa untuk disiapkan.

"Sebelum ini hanya mengambil tempahan sesiapa yang mahu membeli bag rotan sahaja. 


"Saya tidak pernah mengikuti mana-mana kursus membuat beg rotan. Saya bersyukur diberi anugerah untuk dapat membuat bag rotan ini.

"Kini saya telah membuat satu perubahan kepada produk saya, dimana saya membuat label/metal tag pada setiap bag yg saya buat.

"Supaya org lebih mengenali, sebab saya tahu banyak juga beg yang sama seperti yayag saya buat ini," katanya.


Beliau berkata, dia merancang untuk memperluaskan lagi beg rotan serta mempelbagaikan design dan boleh diterima pakai oleh setiap peringkat umur.

"Selain itu saya akan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan. Saya merancang membuka sebuah kedai kraftangan sendiri di Miri. 

Menjual dan mempelbagaikan jenis kraf tangan juga sebab ini amat penting bagi kaum kami sendiri juga," katanya.

Mereka yang berminat membuat tempahan boleh melayari facebook Lahai Handicraft atau menghubungi talian 011 1050 2428. - GAGO DAILY

LihatTutupKomentar
Cancel