Anugerah belia: Maisarah, Gary ikon belia


MIRI: Impian saya untuk terus berjuang dalam memupuk semangat jati diri dalam kalangan belia di Sarawak.

Demikian kata Dayang Nur Maisarah Abdul Razak yang dinobatkan sebagai Ikon Belia bagi kategori individu (wanita) sempena Sambutan Hari Belia 2019 Sarawak di Stadium Tertutup Miri semalam.
Seorang lagi tokoh diiktiraf sebagai Ikon Belia bagi kategori lelaki ialah Gary Ningkan yang turut membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM5,000.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Dayang berkata, bertekad untuk menjadi belia unggul serta  penuh sifat jati diri untuk menjadi teladan kepada rakan belia.
”Saya mahu menyuntik semangat belia agara bersama-sama keluar dari zon selesa dan berjuang dengan peluang yang ada demi mencapai matlamat dalam bidang masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, dia juga bercotacita membantu belia ke arah peningkatan jati diri, sahsiah dan akademik serta memupuk kesedaran kepentingan modal insan dalam kalangan belia.

Manakala, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Unit Saberkas Kampung Demak Baru (Kadeba) masing-masing membawa pulang sebuah RM10,000 dan RM7, 000 bersama sebuah trofi dengan memenangi johan dan naib johan bagi kategori persatuan.


Penganugerahan itu merupakan penghargaan daripada Kerajaan Sarawak atas pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.
LihatTutupKomentar
Cancel