Haiqal Raja Pecut Asia Tenggara, Johnathan Nyepa No. 4


FILIPINA (NEW CLARK CITY): Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi dinobatkan selaku Raja Pecut baharu Asia Tenggara bagi acara 100 meter Sukan SEA ke-30 pada aksi di Stadium Olahraga New Clark City, sebentar tadi.

Manakala, pelari pecut kelahiran Miri Johnathan Nyepa sekadar menduduki tempat keempat bagi acara tersebut.

Catatan itu bukan saja memastikan Hiqal mengambil alih status raja pecut Asia Tenggara daripada rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan yang memenanginya dua tahun lalu di Kuala Lumpur tetapi juga memperbaharui rekod peribadinya.

Muhammad Haiqal Hanafi
Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu melakar catatan masa 10.35 saat untuk memenangi acara riben biru berkenaan, sekali gus mempertahankan emas dimenangi seorang lagi pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan masa 10.38s.
Pingat perak dan gangsa dalam acara itu, masing-masing diraih oleh dua pelari Thailand iaitu Sowan Ruttanapon dan Bandit Chuangchai yang mencatat masa 10.49 saat dan 10.52 saat.

Dalam pada itu, pelari pecut wanita kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli menduduki tangga keenam daripada lapan atlet dalam acara 100 meter wanita dengan catatan 11.84 saat.

Acara berkenaan diungguli pelari Vietnam, Le Tu Chinh dengan catatan 11.54 saat, disusuli wakil tuan rumah, Kristina Marie Knott (11.55 saat), manakala pelari Singapura, Shanti Veronica Pereira meraih gangsa selepas mencatat masa 11.66 saat.

Johnathan Nyepa

LihatTutupKomentar
Cancel