Arak 4,878 liter disita
KUCHING: Gudang menyimpan arak 4,878 liter diserbu di Jalan Kuap, di sini.
Serbuan bersepadu Kastam Kuching dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menyita sebanyak RM20,972 dengan anggaran amaun duti Kastam sebanyak RM75,886.
Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Taha berkata rampasan pada Sabtu lalu itu, merampas arak yang tidak lulus kastam.
Sindiket tersebu licik apabila tidak memasang tanda nama syarikat bagi mengelirukan pihak berkuasa.
”Ketika serbuan dilakukan pemilik premis tiada di tempat kejadian ketiak serbuan tersebut.
”Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, di mana jika sabit kesalahan akan didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti Kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai amaun duti Kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pun penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan.
Orang awam dinasihatkan menyalurkan
maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barang larangan seperti rokok,
minuman keras, mercun dan dadah dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-
800-88-8855, laman sesawang aduan awam iaitu http://aduan.customs.gov.my atau
mana-mana Pejabat Kastam yang berhampiran di seluruh negeri.