Paul Sambang tak sabar beraksi

PENYERANG verstail yang boleh beraksi semua posisi tengah dan sayap Paul Sambang sedia menggegar kancar saingan Liga Premier 2020 musim depan.

Paul, 29, berasal dari Kanowit merupakan anak kedua daripada empat adik beradik kini teruja untuk beraksi dalam kelab berprestij Kuching FA.

Terbaru beliau bersyukur mendapat pelepasan daripada majikan untuk beraksi bersama kelab Kuching FA Beliau yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sentosa pernah mendapat tawaran sebelum ini, namun menolak kerana masih baharu dalam perkhidmatan.


Pemain yang berketinggian 172 sentimeter itu pernah bermain bersama kelab bola sepak Maxis, Yayasan Sarawak, Brooke Dockyard dan Kasika FC.

Perjalanan karier Paul Sambang bermula tahun 2009 sehingga 2010 bersama pasukan belia dan kemudian pada tahun 2010 sehingga 2012 pernah mewakili Sarawak FA dalam Piala Presiden.

Sebelum ini,  Tommy Mawat Bada sah menjadi milik Kuching FA. Bekas pemain sayap skuad PKNS telah menandatangani kontrak bersama Kuching FA.

Tommy Mawat, 23 pernah bermain di bersama pasukan PKNS, PJ Rangers dan Sarawak FA. Pencapaian tertinggi beliau adalah menyertai pasukan bawah 23 tahun Malaysia di kejohanan U23 AFC Championship 2018 di China & Jakarta Palembang Asian Games 2018.

Skuad Kuching FA kini sedang menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi saingan Premiere 2020.
LihatTutupKomentar
Cancel