‘Blue Print’ Daerah Bau dilancar Sabtu ini


BAU: Pelan utama Daerah Bau akan dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazar Krokong  pada Sabtu ini (14 Disember).

Lebih 4,000 dijangka hadir pada program tersebut yang turut melibatkan pelancaran Program Jerayawara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Majlis Penyerahan Geran Tanah Seksyen 18. Pelancaran Buku ‘Blue Print’ yang pertama untuk Daerah Bau tersebut meliputi perancang pembangunan di Bau selaras dengan impian Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata, antara perancangan pembangunan tersebut yang terdapat pada blueprint tersebut adalah Kemudahan Asas dan Infrastruktur, Perumahan dan Hartanah, Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Pertanian dan sebagainya.


Tambah beliau, turut berlangsung pada sebelah pagi tersebut adalah tiga ceramah yang berkaitan dengan tajuk Tanah Adat NCR, Kenapa Kita Pilih GPS dan berhubung dengan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, ceramah tersebut akan berlangsung pada jam 8.00 hingga 9,30 pagi sebelum ketibaan Abang Johari.

Ketua Menteri turut akan menyempurnakan majlis pelancaran Jerayawara GPS, ia diadakan sebelum berlangsungnya program rasmi pada hari berkenaan.

Pada masa yang sama, Henry turut berkata, seramai 600 orang warga Bau akan menerima surat hak milik tanah adat (NCR) sekysen 18 pada hari yang sama.
LihatTutupKomentar
Cancel