Angkara RM20, dijel 24 bulan
KUCHING: Padah cuba menyogok pengawal keselamatan. Dua lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara dua tahun kerana cuba memberi wang RM20 kepada seorang pengawal keselamatan. Ketika kejadian sekitar 4.20 pagi pengawal terserempak dua lelaki yang berkelakuan mencurigakan berada di kawasan letak motosikal Hospital Umum Sarawak. Seorang suspek mendekati pengawal dan menawarkan wang RM20 kepadanya untuk memudahkannya mencuba mencuri sebuah motosikal itu.
Manakala, seorang daripada suspek kemudiannya mendekati pengadu dan meminta sebatang rokok.
Niat tertuduh mengundang curiga, sehingga pengawal tersebut menahannya sebelum meminta bantuan rakannya dan kemudian membuat laporan polis.
Turut dirampas daripada suspek ialah sepasang gunting perak dan sebuah pemotong dawai. Saspek telah datang ke tempat letak motosikal berkenaan bersama dua orang rakan dengan tujuan untuk mencuri motosikal di tempat berkenaan manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri. Majistret Nuruhuda Mohd Yusof mengarahkan Zaki Amirul Ridzuan Sazali menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh ditangkap pada 22 November lalu.
Zaki mengaku cuba mencuri sebuah motosikal Modenas dan didakwa mengikut Seksyen 379A dibaca dengan Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara minimum satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun.
Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 22 November lalu di tempat letak motosikal di HUS bersama-sama seorang lagi rakan yang masih bebas.