Enam kawasan dilanda hujan lebat esok
KUCHING: Beberapa kawasan di Sarawak dijangka dilanda hujan lebat sehingga esok (Khamis).
Amaran cuaca ini telah dikeluarkan sekitar sejak pagi tadi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Kawasan yang dilanda hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjong Manis dan Daro).
Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah diminta untuk sentiasa berwaspada.