Bomba Marudi tidak kenal penat bantu mangsa banjir, hantar hampir 1,000 pek bekalan makanan dalam tempoh tiga hari
MARUDI: Tanpa mengenal penat lelah, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi terus bertungkus lumus menghantar bekalan makanan ke dua penempatan yang terjejas akibat banjir di Marudi hari ini.
Dua penempatan yang menerima bantuan makanan hari ini ialah Kampung Benawa dan Teraja.
Jurucakap BBP Marudi berkata, bekalan makanan sebanyak 50 pek dihantar ke Kampung Benawa pada jam 10 pagi tadi manakala 50 lagi dihantar ke Teraja pada jam 12.50 tengah hari tadi.
Turut membantu operasi penghantaran ialah pasukan dari Balai Polis Marudi. Sementara itu, pihak Bomba terus membuat pemantauan banjir di sekitar Pekan Marudi dan kawasan rumah mangsa yang telah dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara.
Laporan pertama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan telah membuat penghantaran bekalan makanan pada 16 Disember iaitu di Kuala Tutoh (142 pek) dan Rh. Asong Linei (66 pek) dengan jumlah keseluruhan 208 Pek.
Tamat//