Bot ekspres bocor, 60 penumpang cemas

SARIKEI: Suasana kelam kabut menyelubungi penumpang bot ekspres dalam perjalanan dari Kampung Paloh ke Sarikei, awal pagi tadi.

Bot ekspres yang membawa 60 penumpang tersebut dipercayai bocor bertolak dari jeti Paloh.

Difahamkan kejadian berlaki kira-kira jam 5.30 pagi selepas 40 minit bertolak hampir sejam ekspres terbabit bertolak dari jeti Paloh.

Pengangkutan air seperti bot ekspres antara pengangkutan utama penduduk ke bandar Sarikei dan Sibu.

"Saya bersyukur kerana keluarga saya selamat. Saya berharap kejadian tersebut tidak berulang pada masa akan datang.

"Pihak berkuasa harus menyiasat tragedi ini yang boleh meragut nyawa," kata keluarga penumpang. 


Pada Jun lalu, penumpang sebuah bot ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Kapit gempar apabila bot yang mereka naiki mengalami kebocoran.

Para penumpang sebuah bot ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Kapit gempar apabila bot yang mereka naiki mengalami kebocoran di bahagian belakang.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas bot itu melanggar penghadang besi di pontun jeti Kanowit.
LihatTutupKomentar
Cancel