Pekerja jengkaut maut terjatuh kapal

MUKAH: Pekerja operator jengkaut maut selepas terjatuh dari sebuah kapal di jeti Lammy, Batang Mukah pada jam 9 malam tadi.

Mangsa Shahriman Mohd Abbas 20-an dari Kampung Tellian Tengah tergelincir ketika menuruni tangga tingkat dua di kapal berkenaan sebelum dilihat terjun ke dalam sungai.

"Pengadu cuba untuk membantu mangsa dengan melemparkan pelampung  yang ketika itu mangsa dikatakan dilihat berusaha untuk berenang menghampiri kapal namun tidak berjaya," kata Komander operasi, PPgB Azman Ibrahim.

Menurutnya, mangsa berjaya dijumpai  pasukan SAR (Bomba & Polis) pada jam 10:00 pagi, anggaran jarak 1 km dari hilir sungai Batang Mukah dari lokasi lapor mangsa hilang.

Katanya, mangsa diserah kepada pihak polis seterusnya dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Sebaik laporan dibuat radius pencarian SAR menggunakan tiga buah bot dengan pasukan SAR buat pencarian di lokasi yang laporkan kali terakhir mangsa hilang ke hilir Sg. Batang Mukah.    

"Operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada pukul 7 pagi hari ini disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

"Operasi SAR tamat sepenuhnya pada jam 10.45 pagi selepas mayat mangsa ditemui," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel