Cemas mercun dilontar depan kedai mainan


MIRI: Saya menyangka letupan bom. Demikian kata seorang penduduk yang cemas dengan bunyi kuat akibat lontaran mercun di hadapan sebuah kedai permainan petang tadi.
Seorang individu tidak dikenali melontar mercun di kedai terbabit sehingga mencemaskan orang ramai yang laku lalang di kawasan trumah kedai yang terletak di Jalan Pelita 2.
”Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orangramai sibuk denghan urusan masing-masing membeli varang keperkuan,” kata seorang penduduk. 
Sepasukan polis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan daripada orang ramai.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan ekoran kejadian terbabit.
Difahamkan, semasa kejadian, pengurus kedai tidak berada di tempat kejadian dan punca kejadian tidak diketahui. 
Laporan polis dibuat pengurus kedai untuk siasatan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel