Warga emas dikhuatiri jhilang ditemui selamat
PADAWAN: Seorang lelaki Yusuf Abd Ghafor, 52 dikhuatiri hilang di Kampung Temurang, Jalan Puncak Borneo ditemui selamat petang tadi.
Ketua Operasi melaporkan sebentar tadi (jam 7.20 malam), mangsa dikatakan hilang telah dijumpai oleh penduduk kampung bersebelahan di Kampung Jabir dengan jarak 03 km dari lokasi terakhir jejak kesan tapak kaki.
Sarawak Update difahamkan, hasil maklumat daripada ketua kampung, mangsa dijumpai selamat namun masih dalam keadaan lemah seterusnya dihantar terus ke rumah keluarga mangsa.
Operasi SAR ditamatkan serta merta.