Lelaki hilang periksa bubu masih belum ditemui

SRI AMAN (LACHAU);Operasi SAR mencari seorang lelaki yang hilang ketika menangkap ikan di sugai Tatai, Lachau disambung esok.
Komander Operasi melaporkan operasi SAR ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula pada keesokkan hari.
Pasukan SAR masih gagal menjumpai kesan atau jejak mangsa.
Pencarian dibahagikan kepada du sektor iaitu di sungai dan di darat menggunakan tiga buah bot orang kampung.
Radius pencarian dibahagian darat sejauh 5 kilometer bermula dari tower sehingga PKTK dan radius pencarian di air bermula dari PKTK sehingg ke hilir sungai Tatai.
Operasi SAR di turut dibantu oleh orang kampung, pihak APM dan Polis. Litupan GIRN di kawasan pencarian kurang memuaskan.
Terdahulu, pengadu Rabin Tanang berkata, mangsa keluar rumah seawal jam 6 pagi pada khamis 19 Disember untuk memeriksa kail dan bubu yang dipasangnya di Sungai Tatai, Empili dengan menggunakan tangki air/ tong biru yang diubah menjadi perahu. 
Menurut pengadu juga mangsa menggunakan baju berwarna biru, berseluar panjang hitam dan membawa parang dan raga. 
Laporan polis dibuat pada 20 Disember selepas mendapati abangnya tidak pulang ke rumah. 
LihatTutupKomentar
Cancel