Chong sik faham...


KUCHING: Cadangan pembelian saham Petronas bukan antarah isu yang dibincangkan secara mendalam dalam Jawatankuasa Pemandu MA63.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Ketua Menteri, perbincangan mengenai isu minyak dan gas hanya melibatkan Perdana
Menteri, Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.

Sehubungan itu,  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mengetahui sebarang perincian tentang isu minyak dan gas. 

Menurut kenyataan itu, Chong juga tidak mempunyai sebarang autoriti untuk mendedahkan apa-apa maklumat yang dibincangkan antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri, jika ada.

Baru-baru ini,  Chong dilaporkan berkata, idea supaya Sabah dan Sarawak membeli saham dalam Petronas adalah “baik” dan negeri berkenaan tidak harus melepaskan peluang untuk berbuat demikian.

“Cadangan supaya kerajaan Sabah dan Sarawak memiliki sebahagian daripada Petronas adalah baik kerana syarikat itu bukan sahaja memperoleh keuntungan daripada 2 negeri tersebut, tetapi juga daripada banyak operasinya di seluruh dunia,” kata Chong.

Selain itu menurut kenyataan Jabatan Ketua Menteri, perlu diambil perhatian bahawa pembelian saham anak syarikat Petronas tidak dapat disamakan dengan pembelian saham Petronas sebagai syarikat induk.

Menurut kenyataan itu, Sarawak mempunyai kepentingan dalam anak syarikat Petronas iaitu LNG dan merupakan rakan kongsi ekuiti
dalam SMDS.

Sehingga hari  ini katanya, tiada tawaran rasmi yang dibuat oleh Petronas.

Dalam satu ucapan di Dewan Undangan Negeri pada 2017, Chong juga dilaporkan berjanji sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai kerajaan persekutuan, ia akan mengembalikan 20% daripada royalti ke atas pengeluaran minyak dan gas serta 50% daripada cukai yang dikutip di Sarawak kepada kerajaan negeri. 

Bagaimanapun Putrajaya dan Petronas kemudiannya berkata, ia tidak dapat menambah bayaran royalti daripada 5% kepada 20%, dengan Mahathir berkata, bayaran royalti lebih tinggi akan “membunuh” Petronas.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg juga dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri tidak bercadang untuk membeli saham dalam Petronas.

“Apa gunanya kami membeli saham?”, soalnya pada pelancaran satu acara di Bau dengan berkata, kerajaan negeri masih tidak mempunyai suara dalam menentukan bagaimana Petronas diurus.

Semalam, Menteri pelancongan negeri Abdul Karim Rahman Hamzah dipetik sebagai berkata, Chong “memalukan” rakyat Sarawak, selain menambah bahawa pemimpin DAP itu mencari “jalan keluar” daripada janji pilihan rayanya untuk mengembalikan 20% royalti minyak dan 50% hasil cukai yang dikutip di Sarawak kepada kerajaan negeri.

“Maklumat terperinci kos untuk mendapatkan pegangan dalam Petronas tidak pernah dibincangan, tetapi Chong sudah meminta kerajaan negeri membelinya.

“Tidakkah beliau sedar bahawa Petronas yang ada hari ini adalah daripada hasil sumber minyak dan gas dari Sabah dan Sarawak?

“Kenapakah Sarawak perlu membeli pegangan daripada syarikat yang menjadi kaya dengan sumber yang diekstrak dari negeri itu,” katanya
LihatTutupKomentar
Cancel