Dibakar hidup-hidup, tersilap siram air suci
LAGOS: Malang tiedak berbau. Seorang lelaki mati dibakar hidup-hidup
selepas seorang paderi tersilap menyiramnya dengan petrol bukannya air suci.
Kejadian berlaku ketika upacara menyembuhkan penyakit di
sini hari ini. Kejadian malang itu,
menyebabkan gereja yang terletak di Baruwa terbakar sebelum merebak ke paip
minyak berhampiran yang turut terbakar.
“Kami berjaya menemui mayat lelaki itu yang rentung
hingga tidak dapat dikenali manakala paderi itu cedera parah akibat melecur,”
kata Farinloye.
Menurutnya, pihak berkuasa kini sedang berusaha untuk
memadamkan kebakaran di paip minyak berkenaan.
Difahamkan paderi mengambil bekas yang dipercayainya mengandungi
air suci tetapi ia sebenarnya penuh dengan petrol.
“Ketika dia menyiram lelaki itu ketika upacara berkenaan
sebatang lilin berdekatan menyambar petrol menyebabkan kedua-dua mereka
terbakar,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Ibrahim
Farinloye. - Agensi