Kim Swee kena tendang


GAGAL melepasi peringkat kumpulan Sukan Sea Filipina 2019 terpaksa dibayar harga mahal.
Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menanggung akibat apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, kontrak semasa pengendali dari Melaka itu akan tamat hujung bulan ini namun FAM bercadang untuk terus mengekalkan Kim Swee dalam sistem bola sepak negara.

"Kontraknya bersama skuad bawah 22 (B-22) tidak akan disambung. Dalam masa sama FAM begitu menghargai pengalaman dan ilmu yang dimiliki Kim Swee.

"Kita jangan lupakan sumbangannya kepada bola sepak Malaysia dan juga buat FAM. Kita tidak akan lupa semua itu dan mungkin ada tempat lain (yang boleh diisi oleh Kim Swee) dalam struktur bola sepak negara.

"Kita mahu terus manfaatkan pengalaman dan ilmu dimilikinya," katanya.
Beliau tidak menafikan sumbangan pengendali itu dan sebab itu langkah untuk mengekalkan Kim Swee dalam sistem bola sepak negara adalah wajar.

LihatTutupKomentar
Cancel