Guna lori seludup arak
KUCHING: Sebuah lori lima tan yang memuatkan minuman keras bernilai RM150,000 disita. Rampasan selepas dua penyeludup dicekup ketika menjalankan Ops Landau di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya semalam.
Menerusi pemeriksaan 200 kotak yang mengandungi 4,800 botol minuman keras disorokkan di belakang lori dianggarkan bernilai RM30,000. Modus operandi menggunakan lori yang ditutup kanvas berwana hijau untuk aktiviti pemyeludupan.
Komander Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisner Shamsol Kassim bercakap pada sidang media di ibu pejabat Polis Marin Wilayah Lima hari ini berkata, minuman keras dirampas hasil pemeriksaan sepasukan anggota dan pegawai dari Unit Risikan Marin. Minuman keras terbabit disyaki tanpa cukai kastam yang menjadi kesalahan di bawah Akta Kastan 1967.