Buang rangka motosikal dalam longkang
MIRI: Buang rangka motosikal yang dibuang ke dalam longkang di Piasau Jaya menghapuskan bukti. Namun ia, tidak menghalang polis menangkap penyangak motosikal.
Sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Miri telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 43 tahun. Suspek disyaki terlibat dalam kes curi sebuah motosikal di pusat bandar di sini, 15 Disember lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 16 tahun melaporkan motosikal milik bapanya yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di sini telah dicuri oleh individu tidak dikenali.
Seorang lagi lelaki berusia 33 tahun turut ditahan bersama enjin motosikal. Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah mengesahkan kejadian itu.
Mangsa mengalami kerugian RM3,000. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.