Hisap buah dada cucu



KUCHING: Seorang kontraktor berusia 58 tahun yang mengaku tidak bersalah terhadap kes seksual ke atas cucu tirinya dibebaskan semalam.

Tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin tempatan dan mendepositkan RM5,000 tunai ke mahkamah.

Terduduh didakwa melakukan amang seksual dengan menghisap buah dada dan meraba bahagian kemaluan mangsa yang masih bersekolah pada jam 3 petang 11 Disember lalu di sebuah rumah di Taman Matang Jaya di sini.

Kes berkenaan dilaporkan berlaku ruang tamu rumah nenek mangsa dan ketika diserang secara seksual, mangsa bergelut bersama pelaku selama lebih kurang lima minit dan mangsa berjaya meloloskan dirinya setelah dia dapat mengigit tangan pelaku yang digunakan untuk menutup mulut mangsa.

Setelah terkena gigitan pelaku melepaskan mangsa dan meninggalkan rumah berkenaan dimana mangsa yang masih trauma menghubungi ibunya yang sedang bekerja dikawasan Matang untuk bantuan.

Semasa kejadian mangsa hanya bersama adiknya yang sedang tidur di bilik berasingan dan laporan polis terus dibuat pada jam 6 petang hari yang sama berkaitan kes berkenaan.

Hakim Mahkamah Seksyen Jason Juga mengarahkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan dan memerintahkan agar tidak mendekati mangsa.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
LihatTutupKomentar
Cancel